Thursday, 16 June 2016

1.0 PENGENALAN




Dengan mengambil dari kata dasar ‘Franc’ atau Franchising dari sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud PERCUMA. Pemilik perniagaan atau perusahaan digelar sebagai ‘Francaiser’ dan peniaga yang menggunakan modal perniagaan Francaiser digelar, ‘Francaisi’ (Franchisee).


1.1       DEFINISI INDUSTRI


Industri adalah orang, syarikat atau organisasi yang terlibat dalam jenis perusahaan komersil. Ia juga merupakan usaha melakukan aktiviti pengolahan bahan mentah atau barang separuh siap kepada barang yang memiliki nilai tambahan bagi mendapatkan keuntungan hasil daripada pengeluaran sesuatu barang tersebut. Usaha dalam pengolahan tersebut juga terdiri daripada cara melakukan persembahan terhadap sesuatu barang yang telah siap merupakan sebahagian dari industri. Pengeluaran daripada industri bukan sahaja berupa pepejal atau barangan malah bentuk jasa juga. Terdapat pelbagai jenis industri seperti industri besar kecil modal, klasifikasi atau penjenisan, industri berasaskan jumlah tenaga kerja, industri pemilihan lokasi, industri berasaskan produktiviti perseorangan dan sebagainya.


1.2       DEFINISI FRANCAIS


Francais merupakan satu cara yang berkaitan dengan pemberian hak dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perniagaan yang menggunakan tanda perniagaan, system kawasan dan jangka masa yang tertentu. Menurut definisi perundangan Akta Francais 1998, menyatakan bahawa suatu kontrak atau perjanjian secara nyata atau tersirat, lisan atau tertulis antara kedua-dua pihak orang atau melibatkan lebih daripada dua pihak. Terdapat beberapa jenis francais, antaranya Francais format perniagaan, Francais tanda nama atau cap dagangan dan Francais Conversion.


Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan. 




1. Contoh Francais Format:



Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh80p_s_9IYB5UGpj6zmKTbmDQrBPa_zTBaBn8N0Iwr9kC45JcO7zq1BAxVxqfTtxhvlMa6TmBbBI6mO9UbV5QX9WWuLioVRK2kZ-FbsDvSkfq7E-dNOAKvCGbjFXdY5dObn8tlEdMU6HM/s1600/coke.png Description: F:\english\gambar francais\petron.jpg
            Perniagaan Coca Cola                                   Stesen Minyak Petron

2. Contoh Francais tanda nama atau cap dagangan:

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgri9oH8k39mHnmyB14jb3eU4m9b8X_RKBbX_rzQcAUjY8M28Ak4ohrOaXSWT2YWr7IX43NGoaahX50dTFHnuEcXdS4cUL6sSL7iHKncNqA6Cu8r_eLIMYiJNLKMKltX9-tQhdYkS2zHig/s320/Mac+donalds.jpg Description: TD13Pf-y244ePM
                                                            Mc Donald’s  
3. Contoh Francais Conversion:

AEON Service Center
   1.3       DEFINISI INDUSTRI FRANCAIS



Industri Francais merupakan industri yang melibatkan Francais dimana francaisor memberikan lesen dan hak kepada francaisi untuk melakukan pengeroperasian dalam menghasilkan pengeluaran serta menjualnya kepada pengguna di kawasan tertentu dengan mematuhi syarat-syarat tertentu. Hubungan antara pihak francais dengan francaisor diikat dengan perjanjian yang dikenali sebagai ‘Franchise Agreement’ yang merupakan perjanjian yang tertera syarat-syarat hak dan tugas kedua-dua pihak harus diamalkan. Dengan ini, segala proses menfrancaiskan sesuatu perniagaan, pihak francaisor harus melakukan pendaftaran terlebih dahulu seterusnya perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan di bawah Bahagian Pembangunan Francais iaitu agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pembangunan (KPDNKK).

1.4       DEFINISI FRANCAISOR

Francaisor merupakan pihak atau syarikat yang memberi kebenaran lesen kepada francais dalam menjual dan mengeluarkan barang francaisor dengan menggunakan ‘Brand Value’ milik francaisor dengan melaksanakan pembayaran royalti daripada francaisi dalam tempoh tertentu dimana hasil perniagaan yang dilaksanakan oleh francaisi itu mendapat keuntungan tidak diambil kira.

1.5       DEFINISI FRANCAISI

Francaisi merupakan pihak atau firma yang mendapat lesen daripada pihak francaisor. Terdapat pelbagai bentuk atau kaedah perniagaan francais, antaranya adalah merupakan pemegang francais berhormat, francais pengilangan produk, lesen bertanda dagang atau jenama, francais wakil pengedar dan penganjur.


No comments:

Post a Comment