Thursday, 16 June 2016

4.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA


Tahap pembangunan industri francais di Malaysia dikatakan sedang maju. Hal ini dapat dilihat dengan adanya pelbagai industri francais yang sedang berkembang di Malaysia. Terdapat beberapa program pembangunan yang sedang dilaksanakan bagi pembangunan industri francais semakin berkembang. Berikut merupakan senarai program pembangunan yang sedang dilaksanakan.
Bil
Jenis Program Pembangunan Industri Francais
1
Program Pembangunan Francaisor
2
Program Pembiayaan
3
Program Promosi
4
Program Jaringan Luar Negara
(Sumber : Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK)).
1.         Program Pembangunan Francaisor
Terdapat beberapa program yang dianjurkan di bawah program pembangunan francaisor. Antaranya adalah :

a) Program Pembangunan Produk Francais Tempatan  (PPFT)
Di Malaysia, tahap pembangunan industri francais sentiasa dilindungi dengan adanya pelbagai program pembangunan. Program ini membantu para usahawan menukar perniagaan konvensional kepada sistem francais dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM12,000.00 bagi setiap syarikat. Pembiayaan dikreditkan kepada perundingan atau orang tengah yang dilantik oleh syarikat tertentu dalam menukarkan mod perniagaan. Peluang ini terbuka kepada produk yang berpotensi dan mempunyai tahap penjualan yang istimewa yang dikenali sebagai (Unique Selling Proposition/Business Model) kepada syarikat Bumiputera.

b) Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF)
Dana ini pula diberi bagi membangunkan sistem francais secara (matching grant).
Kategori syarikat
Jumlah (RM)
Penuh Bumiputera
100,000.00
Majoriti Bumiputera
65,000.00
Bukan Bumiputera dan Majoriti Bukan Bumiputera
50,000.00
Berdasarkan jadual di atas, hanya syarikat tempat yang berdaftar dibawah seksyen 6, Akta Francais pada tahun 1998 dan program Pembangunan Francais di bawah (KPDNKK) yang layak untuk menerima dana tersebut. Dengan ini tahap pembangunan industri francais dalam keadaan sedang membangun.

c) Program Francais Mikro
Program ini berjaya dibangunkan melalui pakej francaisi yang diperkenalkan oleh francaisor tempatan dengan jumlah bawah RM50,000.00. Golongan yang mempunyai pendapatan rendah dan juga sederhana berpeluang menceburi bidang keusahawanan iaitu dalam industri francais. Pada masa yang sama, program ini membantu dalam membangunkan perniagaan dengan memegang kepada konsep modal yang kecil. Di bawah merupakan contoh industri francais yang mengalami pembangunan.

 
                contoh jenama Francais menawarkan Pakej Mikro
2.         Program Pembiayaan

a) Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF)
Skim ini membantu francaisi tempatan dengan kewangan atau modal kecilan yang dikenali sebagai (Micro Franchising) dan pinjaman maksimumnya ialah sebanyak RM50,000.00.
3.         Program Promosi

a) Francais Komuniti
Tahap pembangunan francaisi komuniti ini adalah mereka menggalakkan golongan rendah dan sederhana untuk berniaga secara berfrancais. Ciri penawaran pembiayaan sama seperti (Mikro Franchising).
b) 1Malaysia Stesen Francais
Stesen Francais yang dimaksudkan disini adalah tertumpu kepada sektor makanan yang melibatkan ‘mobile kiosk’ atau ‘cart’ dimana diperkenalkan oleh (KPDNKK) supaya dapat memperkembangkan francais mikro. 1Malaysia Stesen Francais diperkenalkan bagi memajukan usahawan tempatan dan sebagainya dalam usaha pembangunan industri francais di Malaysia.

c) Pavilion Francais
Pavillion Francais pula merupakan inisiatif mempromosikan francais ke program dalam Negara yang dianjurkan oleh pihak luar. Sebagai contoh, penyertaan yang telah mengambil bahagian adalah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Kempen Beli Barang Buatan Malaysia (BMC).

d) Franchise International Malaysia (FIM)
Aktiviti tersebut dianjurkan supaya dapat membantu kerajaan dalam mempromosikan perniagaan francais. Kos pembiayaan ditanggung oleh (KPDNKK).

e) Jelajah Francais 1Malaysia
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik minat komuniti usahawan dan bakal usahawan menceburi perniagaan francais dimana dengan kolaborasi beberapa pihak seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Muda Melayu Malaysia (PERDASAMA), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO Malaysia (BePU).
4.         Program Jaringan Luar Negara
Program jaringan luar Negara pula ialah program bagi mengembangkan industri francais tempatan ke peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, pada 24 sehingga 26 Februari 2012 bertempat di Guangzhou, China pameran yang ke 24th ‘China Guangzhou Franchise Exhibition’ telah diadakan sebagai inisiatif dalam membangunkan industri francais di Malaysia.
Tahap pembangunan industri di Malaysia dapat dilihat seperti berikut iaitu terhadap statistik yang berdaftar di bawah syarikat di Malaysia. Antara jumlah Syarikat Francais di Malaysia yang didaftarkan adalah seperti berikut :
Stastik
Jumlah
Peratus (%)
Produk Francais Dalam Negara
437
69
Produk Francais dari Negara
198
31
Jumlah Perniagaan Francais Secara Keseluruhan
635
100

No comments:

Post a Comment