Thursday, 16 June 2016

5.0 SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA


Industri Francais di Malaysia mempunyai sistem sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan juga beberapa agensi. Antaranya ialah Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA). Agensi tersebut memiliki peranan masing-masing sebagai sebuah sistem sokongan dalam mengendalikan industri Francais di Malaysia.


 

                        Modul sistem sokongan industri francais di Malaysia


Berdasarkan modul di atas, didapati peranan (KPDNKK) sebagai system sokongan bagi pihak kerajaan terhadap industri Francais di Malaysia adalah membangunkan industri tersebut supaya membangun, menjadi pihak yang mendaftar syarikat francais dan seterusnya menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang berkenan bagi perkembangan industri francais terus berkembang.


Sebagai agensi kerajaan pula Perbadanan Nasional Berhad (PNS) membantu dalam pembangunan francais dan menyediakan pembiayaan atau dana untuk pembangunan industri francais.


Seterusnya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Francais Malaysia iaitu Malaysia Francaise Association (MFA) menyediakan bantuan dari segi pelaksanaan PPF serta menjadi agensi yang memberi sumber maklumat tentang industri francais.


Bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais. Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF).


PPFT menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang.
Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais.


Ia boleh dibuat melalui perlantikan perunding francais yang berkelayakan untuk membangunkan serta membimbing peserta untuk menyediakan sistem francais, mendokumentasi proses dan prosedur kerja, membuka outlet prototaip (contoh) dan mengambil francaisi. Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. (Bernama,2014).

Dengan ini sistem sokongan di Malaysia seperti tersebut dapat memudahkan sesebuah industri francais untuk terus maju dan mengekalkan kualitinya sebagai industri francais.

No comments:

Post a Comment