Thursday, 16 June 2016

7.0 MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA.


Industri ini mempunyai masa depan yang cerah dalam perniagaan berbentuk francais ini. Hal ini kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan membangunkan industri tersebut untuk terus berkembang. Menurut keratan Kosmo sempena 15 September 2015, menyatakan bahawa transformasi dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam meningkatkan daya saing industri francais di negara ini.


Pelbagai langkah sedang diambil bagi meningkatkan penglibatan usahawan dalam bidang industri francais. Antaranya adalah seperti melakukan pembinaan jenama francais tempatan, pembangunan akademik khas untuk mengendalikan industri berkaitan francais, menyediakan latihan-latihan serta kursus-kursus tentang kemahiran yang boleh digunakan dalam perniagaan francais serta penyediaan peluang untuk terus membangunkan sehingga ke peringkat antarabangsa disediakan.


Masa hadapan industri francais di Malaysia adalah dengan membangunkan bilangan usahawan yang berkemahiran untuk menceburi dalam bidang tersebut. Hal ini kerana, bidang seperti ini mampu meningkatkan pendapatan negara serta dapat menampung perubahan ekonomi dari semasa ke semasa.


Pada masa hadapan kerjasama usahawan bumiputera dan juga bukan bumiputera dalam bersaing di peringkat antarabangsa harus digalakkan supaya pengaliran francais tempatan dapat dikenali di luar negara. Dengan ini, hasil domestik dapat sambutan secara global dan ini dapat membentuk sikap dan nlai keusahawanan yang berdiri.


Oleh itu, pada masa hadapan industri francais di Malaysia mampu berkembang lebih maju dengan persiapan-persiapan tersebut demi kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment