Thursday, 16 June 2016

6.0 CABARAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA


Sebagai industri francais atau francaisor memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabaran atau halangan yang sentiasa dialami oleh mereka, industri francais tidak boleh dijalankan sewenangnya dengan hanya memiliki modal yang mencukupi. Namun terdapat beberapa aspek yang harus dikenal pasti bagi menjalankannya. Antara cabaran dan halangannya adalah:


1.         Perlu mempertahankan piawaian yang perlu ada pada francais


Sebagai industri francais, terdapat piawaian yang telah ditetapkan oleh sesetengah pihak. Hal ini kerana, piawai dapat menjamin sesuatu pengeluaran itu berkualiti dan perkara ini amat penting kerana akan memberi suatu persepi kepada pengguna sama ada ingin melakukan pembelian atau tidak. Hal ini perlu dijaga kerana perniagaan tersebut menggunakan jenama milik orang lain dimana reputasinya perlu dijaga.


2.         Kehilangan kebebasan meletakkan harga


Sebagai industri francais, harga sesuatu barangan tidak boleh ditentukan sendiri kerana peminjaman jenama hak asal. Apabila perlunya mematuhi segala arahan dan syarat daripada perjanjian francaisor maka kebebasan untuk melakukan pembaharuan adalah terhad. Segalanya perlu dijalankan mengikut piawaian yang ditelah ditetapkan.


3.         Menghadapi kumpulan francaisi yang berubah


Industri francais menghadapi kumpulan francaisi yang berubah. Hal ini kerana, apabila francaisor dan juga francais membentuk sesuatu perniagaan di wilayah atau kawasan yang sama maka berlaku percanggahan dalam menyahut keuntungan. Masing-masing akan mempertahankan barangan dan perkhidmatan yang dijual dan lama kelamaan akan timbul perselisihan faham yang akan merugikan kedua-dua pihak.


4.         Perniagaan Francais yang murah menghadapi kekurangan sambutan


Industri francais yang murah menyebabkan pengguna kurang percaya dan tidak berkeyakinan untuk membeli produk tersebut. Ini adalah disebabkan oleh faktor akibat masih baru dan dan tiada ujian dilakukan dalam pasaran serta ini menyebabkan risiko bagaikan memulakan perniagaan baru. Dengan ini pengguna akan berfikir sebelum melakukan pembelian dan akhirnya akan merugikan industri francais tersebut.


5.         Francaisor tidak mengamalkan sistem francais


Francaisor tidak mengamalkan sistem francais dalam hubungan dengan francaisi. Pihak francaisor mewajibkan francaisi untuk membuat pindahan pendapatan harian ke dalam akaun francaisor setiap hari yang menyebabkan francais menghadapi masalah dalam mendapat keuntungan.


6.         Kawalan penjualan produk dan Perkhidmatan


Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk atau perkhidmatan selain daripada francaisor.


Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan. Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya. Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri.


Francaisor juga boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang apabila kontrak tamat. (saiful firdaus, 2013).

No comments:

Post a Comment