Thursday, 16 June 2016

3.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL


Industri francais memberi penglibatan yang sangat besar kepada kemajuan Negara. Perkongsian perniagaan bukan sahaja berlaku dengan menggunakan jenama milik Negara luar tetapi penggunaan hasil jenama tempatan juga diguna pakai di peringkat antarabangsa. Terdapat beberapa kepentingan industri francais dijalankan di Negara kita.


1.         Membangunkan produk francais tempatan


Produk francais tempatan juga membuat pengeluaran secara global tidak dapat dinafikan kualitinya. Apabila produk francais tempatan diberikan keutamaan maka pendapatan dalam Negara kasar dapat meningkat iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Produk francais tempatan perlu dipromosi dan dibangunkan supaya suatu galakan bagi usahawan-usahawan bagi mengembangkan perniagaan mereka yang dapat memberi sumbangan untuk Negara secara tidak langsung melalui pendapatan kasar terhadap negara. Selain itu, keluaran dalam Negara dapat dikembangkan kepada Negara luar diperingkat antarabangsa. Maka produk tempatan mula dikenali dan mendapat tempat di dalam pasaran dunia.


2.         Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat menengah


Industri francais dikatakan penting kerana industri ini membuka peluang pekerjaan bagi yang memerlukan. Hal ini kerana apabila industri francais dijalankan di Negara kita maka perlunya kepada penglibatan tenaga buruh bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Guna tenaga diperlukan bagi mengembangkan industri tersebut dengan memberi pekerjaan kepada masyarakat menengah supaya mereka juga dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Secara tidak langsung, kewujudan industri francais dapat mengurangkan peratus pengangguran yang boleh menjejaskan keluaran Negara.         


3.         Memenuhi keperluan pengguna


Industri francais ini sangat penting dijalankan kerana dalam masyarakat yang serba sederhana terdapat juga masyarakat yang mampu memiliki barangan mewah. Kebiasaannya barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak francais mampu dibeli oleh golongan yang berkemampuan disebabkan harga yang tidak dapat ditampung. Oleh itu bagi golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi permintaan mereka kebanyakannya adalah terhadap barangan berjenama yang mewah. Permintaan dari golongan ini menyebabkan  perlunya penubuhan industri francais bagi memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kehendak yang terhingga supaya utiliti mereka dapat dimaksimumkan.


4.         Sikap keterbukaan sesebuah Negara


Pengaruh polisi pasaran bebas menyebabkan perlunya kepada kewujudan industri francais. Hal ini kerana industri francais ini dapat meningkatkan sikap keterbukaan sesebuah Negara menerusi penerimaan produk dari luar Negara. Apabila sesebuah Negara mengadakan hubungan melalui aspek perniagaan maka hubungan ini mampu meningkatkan persefahaman antara kerajaan secara satu sama lain dalam membangunkan ekonomi. Jika perlu kepada bantuan secara am maka sikap keterbukaan sesebuah Negara itu mampu dikongsi bersama. Dengan ini industri francais bukan sahaja memupuk sikap keterbukaan malah memberi keuntungan untuk diri dan pihak lain seterusnya dalam pertumbuhan ekonomi Negara dengan penubuhan industri francais di Negara kita.

No comments:

Post a Comment