Secara kesimpulannya, penglibatan dalam
industri francais harus diceburi oleh orang ramai kerana banyak memberi manfaat
secara keseluruhan. Jika dilihat bidang ini sedang memberi sumbangan yang
banyak kepada pendapatan Negara kita. Pentingnya mengetahui isu-isu yang
berbangkit dalam pembangunan industri
tersebut bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang sedia ada. Hal ini kerana
dengan memperbaiki kelemahan tersebut maka pembangunan yang mampan dapat
dilahirkan menerusi bidang ini. Semua pihak yang terlibat dalam bidang ini
seperti francais, francaisor dan francaisi harus mengambil langkah dalam
menyelaraskan aktiviti keusahawanan demi kemajuan ekonomi secara besar-besaran
sehingga ke peringkat Asia Tenggara dan Asia Tengah. Pelbagai jenis skim dan
kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi tertentu
seperti Bank Perusahan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank),
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Perbadanan
Kemajuan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Produjtiviti Negara
(NPC), dan sebagainya demi membantu usahawan untuk terus menceburi bidang
perniagaan francais. Oleh itu, akan majulah industri francais demi masa hadapan
Negara menjadi lebih cerah dan seperti visi yang ingin dicapai melalui
pengenalan ‘Blue print Pembangunan Francais Nasional’.
Perniagaan francais penyumbang utama bagi
pertumbuhan yang pesat. Dengan rangka kerja yang betul, francais boleh menjadi
pengembangan strategi yang berjaya tanpa memerlukan modal banyak. Walau
bagaimanapun, untuk menjadi francais baru yang berjaya ia memerlukan
pertimbangan terperinci, mengenai undang-undang yang banyak mengawal selia
industri francais ini
Kerajaan Malaysia
berminat untuk mempromosi dan mengembangkan industri francais kerana ia dapat
meningkatkan ekonomi dan menggalakkan pembangunan keusahawanan di kalangan
rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan langkah-langkah aktif yang diambil oleh
Kerajaan, seperti melaksanakan MyFEX, menganjurkan Franchise International
Malaysia Exhibition and Conference, melancarkan francais blue print dan memberi
sokongan kepada francaisi yang sedang meningkat dalam bentuk skim pembangunan
mikro francais. Melalui pendaftaran wajib perniagaan francais dan penyerahan
laporan tahunan, membolehkan Kerajaan untuk mengumpul maklumat yang amat
diperlukan bagi industri francais di Malaysia dan pada masa yang sama memantau
dan melindungi francaisi.
No comments:
Post a Comment